Sunday, 28 December 2014

Setiu Agro Resort


Setiu agro resort terletak di Daerah Setiu, Terengganu. Jaraknya 25km dari pekan Permaisuri Setiu. Resort ini adalah salah satu lokasi percutian yang amat menarik berlatar belakangkan suasan hutan hujan tropika.
Selain itu, agro resort ini terdapat juga dusun buah buahan. Jika kunjungan anda ke sini pada musim buah buahan anda akan dapat merasa pengalaman memetik pelbagai buah buahan seperti rambutan, langsat, manggis dan sebagainya.
Terdapat juga sebuah kolam yang penuh dengan ikan. Anda dapat bermesra dengan ikan ikan ini kerana ikan di sini semuanya jinak jinak belaka,anda juga boleh mandi manda di sebuah kolam yang di sediakan khas untuk para pengunjung ke agro resort ini. 
Bagi mereka yang ingin menyelongkar rahsia gua, terdapat beberapa gua misteri di sekitar kawasan hutan simpan ini seperti Gua Batu Misteri yang panjangnya lebih 100meter.

Kolam air panas kampung La


Kolam air panas kampung La. Itulah nama tempat ini walaupun pada hakikatnya ianya terletak di pinggir ladang kelapa sawit Felda Tenang, Jertih, Terengganu. Jarak dari bandar Kuala Terengganu ke sini lebih kurang 120 km dan dari bandar Jertih lebih kurang 20 km sahaja,anda boleh datang ke sini melalui 2 laluan yang berbeza, laluan pertama melalui Felda Tenang dan laluan ke dua melalui laluan kampung La ke kampung Bogel Hulu Besut, laluan kampung La adalah laluan asal untuk ke kolam air panas La sebelum laluan Felda Tenang di buka. Sepanjang perjalanan dari Felda Tenang atau pun laluan kampung La anda akan menyaksikan pemandangan ladang kelapa sawit.
Air panas yang keluar dari celahan batu
di kolam air panas kampung La ini dipercayai mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit kulit dan kebas kaki serta lumpuh,suhu air panas di sini ialah dalam 29 ke 35 darjah celsius. Di sini terdapat beberapa buah kolam yang baru didirikan untuk kemudahan pelancong mandi-manda.

Tasik Kenyir


Tasik Kenyir antara salah satu lokasi percutian yang amat terkenal di Terengganu,terletak di Hulu Terengganu.20 km dari bandar Kuala Berang dan 70 km dari Bandaraya Terengganu.
Tasik Kenyir di bina pada akhir tahun 1970 an,ia nya siap sepenuh nya pada tahun 1988.Tasik Kenyir merupakan sebuah Tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara. Tasik ini seluas 2,600 km persegi dan mengandungi 340 pulau kecil,Tasik ini di bina bagi memenuhi permintaan bekalan elektrik yang semakin meningkat pada masa itu.
Semenjak kewujudan empangan di sini, kawasan sekitarnya terutama Kuala Berang telah mula dikenali oleh orang ramai baik dari dalam mahupun luar negeri.

Pulau Perhentian


Pulau Perhentian adalah satu pulau yang terletak di Besut, Terengganu. Pulau ini pernah dikatakan antara pulau tercantik di dunia kerana mempunyai pelbagai panorama yang indah. Pulau Perhentian terdiri daripada 2 buah pulau dan disebabkan inilah yang menyebabkan pulau ini cantik. Dua pulau tersebut ialah Pulau  Perhentian Kecil dan juga Pulau Perhentian Besar. 
Kita boleh berkunjung ke Pulau Perhentian pada bila-bila masa kecualilah pada musim tengkujuh kerana pada musim ini,keadaan laut amat tidak stabil. Musim tengkujuh biasanya bermula pada hujung bulan oktober hinggalah hujung bulan februari. kebiasaan aktiviti di pulau akan dihentikan seketika.
Selain itu, pelbagai aktiviti dijalankan di pulau ini seperti menaiki banana boat, jungle trekking, memancing, berkayak, berkhemah dan sebagainya.

Pasar Besar Kedai Payang


Pasar Payang atau Pasar Kedai Payang merujuk kepada pasar besar di Kuala Terengganu. Ia merupakan tempat perniagaan tradisional yang popular dikalangan pelancong ke Terengganu. Pasar Payang terdiri daripada bangunan kompleks 2 tingkat. Di bahagian bawahnya terdapat gerai basah dan gerai menjual pelbagai kuih-muih traditional negeri Terengganu. Di bahagian atas terdapat pelbagai kedai menjual pelbagai barangan. Ia terletak berhampiran dengan jeti Shabandar dan merupakan tempat persinggahan pelancong yang hendak menaiki bot ke pulau-pulau berhampiran. Pasar Kedai Payang terletak di bandar Kuala Terengganu, Terengganu betul-betul mengadap Laut China Selatan. Bangunan pasar ini dua tingkat terbahagi kepada dua jenis barang utama. Bahagian bawah menjual barangan dapur. Sementara tingkat atas menjual pakaian terutama batik Terengganu dan songket tenunan Melayu.

Taman Tamadun Islam


Taman Tamadun Islam adalah sebuah taman yang mengetengahkan keunggulan seni warisan dan seni bina Islam dari seluruh pelosok dunia yang terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu yang sebelum ini dianggap tidak berpenghuni dan dipenuhi hutan nipah. Taman tema ini merupakan salah satu projek pembangunan ekonomi Wilayah Ekonomi Pantai Timur. Taman tema yang mula dibina pada Mac 2005 bukan sahaja dikelilingi replika-replika masjid dari serata dunia malah sebuah masjid yang juga mercu tanda baru Kuala Terengganu iaitu Masjid Kristal turut berdiri megah di situ.

Pulau Redang


Pulau Redang adalah salah satu pulau yang terbesar dan yang tercantik di pantai timur Malaysia. Pulau ini kini merupakan sebuah pulau peranginan yang amat popular di kalangan orang Malaysia, dengan kebanyakan mereka yang datang melalui pakej pelancongan. Salah satu pantai yang paling cantik di pulau ini ialah Pasir Panjang. Pasirnya putih dan airnya jernih, dengan batu karang dan ikan terdapat hanya beberapameter dari tepi pantai. Antara kemudahan di pulau ini ialah kegiatan snorkel dan junam.