Pulau Perhentian adalah satu pulau yang terletak di Besut, Terengganu. Pulau ini pernah dikatakan antara pulau tercantik di dunia kerana mempunyai pelbagai panorama yang indah. Pulau Perhentian terdiri daripada 2 buah pulau dan disebabkan inilah yang menyebabkan pulau ini cantik. Dua pulau tersebut ialah Pulau Perhentian Kecil dan juga Pulau Perhentian Besar.
Kita boleh berkunjung ke Pulau Perhentian pada bila-bila masa kecualilah pada musim tengkujuh kerana pada musim ini,keadaan laut amat tidak stabil. Musim tengkujuh biasanya bermula pada hujung bulan oktober hinggalah hujung bulan februari. kebiasaan aktiviti di pulau akan dihentikan seketika.
Selain itu, pelbagai aktiviti dijalankan di pulau ini seperti menaiki banana boat, jungle trekking, memancing, berkayak, berkhemah dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment